Kegunaan tisu bukan sahaja boleh digunakan untuk mengelap malahan jika anda seorang yang kreatif, anda dapat mempelbagaikan tisu menjadi satu seni kraf yang menarik walaupun hanya menggunakan tisu biasa.
Buku Variasi Seni Kraf Tisu memaparkan idea bagaimana menghasilkan pelbagai gubahan bunga dengan hanya menggunakan tisu. Tisu yang digunakan hanya tisu biasa yang boleh didapati dikedai-kedai biasa yang mempunyai corak dan tekstur yang berbeza. Reka bentuk bunga yang dihasilkan juga menraik dan unik sesuai untuk dijadikan hiasan di rumah.
Dimuatkan 12 jenias bunga disamping 6 bonus tambahan bunga menggunakan kertas crepe. Selain digubah di dalam pasu, bunga tisu ini juga digubah menjadi bunga tangan pengantin, bunga telur, hiasan hantaran dan sebagainya. Diselaitkan juga bagaimana menghasilkan beberapa jenis daun mengikut kesesuaian bunga tersebut.