Kelantan merupakan sebuah negeri yang mempunyai sejarah yang agak tua namun agak kurang diberi perhatian oleh masyarakat di negara ini sedangkan sejarah Kelantan juga sangat menarik untuk digeledah. Kelantan telah menghadapi ancaman daripada negeri-negeri jiran seperti Patani, Terengganu, Reman dan juga Siam. Sebelum itu, Kelantan dikatakan pernah menjadi sebuah negeri yang berada di bawah kekuasaan Sriwijaya. Kemudian, Kelantan pernah berada di bawah penguasaan Siam dan juga British sebelum, berjaya mendapatkan kemerdekaannya. Buku ini telah membawakan kepada anda perjalanan sejarah Negeri Kelantan bermula dari zaman awal sehinggalah zaman merdeka. Konflik-konflik yang berlaku di negeri ini diceritakan semula berdasarkan sumber-sumber tempatan dan juga sumber dari luar. Dengan itu, boleh dikatakan bahawa buku ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin mendalami sejarah Kelantan dan juga peristiwa-peristiwa yang berlaku di sepanjang sejarahnya.