Selamanya Kamu
Satu pertemuan di hadapan sebuah kafe menjadi pemula kisah hidup antara Izz dan Naz. Mereka pernah berkongsi hidup sebagai suami isteri, sayangnya ia sudah ketemu titik noktah. Hanya mereka saja tahu punca dan alasan mengapa perpisahan itu yang terbaik buat mereka.
Kerana secawan kopi, empat tahun kemudian mereka ditakdirkan bersua lagi. Walaupun luka lama masih berbekas dalam hati, namun cinta yang bertakhta antara mereka tetap utuh. Naz tekad, dia mahu menyambung kembali ikatan yang telah terputus itu.
“I'll cross that universe for you. I'll always wait for you. I'll always find you. Until we are finally together.” – Naz
Bagi Izz pula, walaupun rasa cinta masih kukuh, tiada guna untuk membuka lembaran baharu. Dia sedar, bahagia Naz yang sebenar bukanlah dengannya.
“Dan mungkin, cara kita berdua menyayangi berbeza.” – Izz
Andai benar rasa sayang itu masih mekar, mengapa Izz tetap keras menafikannya? Benarkah ada rahsia terpendam yang menjadi penghalang dan ada sengketa yang belum terlerai? Persoalannya, apa yang merantai mereka dengan masa silam?
Masih adakah peluang kedua untuk mereka?