Ketiga-tiga kisah yang dipaparkan dalam novel ini mempunyai kaitan antara satu sama lain, iaitu latar cerita banyak bermain di sekitar daerah perasing.
SATE UNTUK JEMBALANG
Gilakan nombor ekor, mereka sanggup menggadaikan agama demi mahu memuaskan nafsu. Tidak cukup dengan apa yang sudah dimiliki, manusia-manusia ini sanggup bertuhankan iblis demi kekayaan.
ADWIRA
Ada yang mengatakan seandainya kita berbicara dengan anak patung dan menganggap anak patung itu hidup, maka anak patung itu akan benar-benar bernyawa! Apa yang terjadi seandainya anak patung mainan itu dicacatkan oleh pemiliknya sendiri demi kepuasan nafsu aneh dan gila? Adakah anak patung itu akan bangkit dan membalas kekejaman manusia?
GELIGA BARA
Dua orang pemancing menemui sarang lipan yang dipenuhi dengan batuan permata seperti batu geliga yang bercahaya dan amat cantik. Mereka telah disapa seorang lelaki tua yang melarang mereka daripada mengambil apa sahaja benda yang ditemuinya di situ. Jika tidak, sesuatu yang bersifat hitam akan bangkit perlahan-lahan dari Lembah Perasing.