Soal hati sukar untuk dimengertikan. Sayang bukan bererti cinta, kasih bukan bererti sayang. Maisarah seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, Zulfakar. Namun, tanpa sebab yang kukuh dia telah diceraikan. Zahrin, adik Zulfakar telah membantu Maisarah kerana tiada siapa lagi yang boleh diharapkan. Akibat kecewa diceraikan, Maisarah bangkit semula sebagai Sara Kirana, seorang novelis yang disegani. Setelah tamat pengajian di luar Negara, Zahrin menagih cinta Maisarah dan melamarnya. Maisarah menerima lamaran Zahrin walaupun pada awalnya mendapat tentangan. “Sara, dah saya katakana, saya tak peduli siapa Sara. Yang penting hati saya sudah Sara curi lima tahun dulu.” ~ Zahrin “Jodoh kakak dengan abang sudah ditakdirkan, takdir juga memisahkan kami. Kuasa ALLAH tak ada siapa berupaya mengekangnya. Kakak reda.” ~ Sara Selepas mereka berkahwin, Zulfakar cuba mendekati Maisarah kembali. Perkahwinan barunya dengan Elly tidak bahagia. Zahrin mula cemburu akan abangnya. Malang tidak berbau, tiba-tiba Zahrin ditimpa kemalangan di tempat kerja dan terlantar koma berbulan-bulan. Apakah yang terjadi kepada Maisarah setelah mengetahui Zahrin koma? Dapatkah ida menerima kembali cinta Zulfakar? Apa pula tindakan Elly setelah mengetahui Zulfakar cuba memikat Maisarah?