Nilai wanita di sisi Islam diletakkan sesuai dengan penciptaan mereka. Bergandingan bahu dengan lelaki sesuai menurut kemampuan mereka. Wanita adalah saudara kandung lelaki kerana mereka berasal dari satu diri. Diri di sini bermaksud satu jiwa, iaitu sama tetapi tidak serupa. Di mana wanita memiliki keistimewaan tertentu seperti boleh hamil, melahirkan anak, menyusukan anak bahkan dianggap sebagai guru pertama untuk generasi akan datang. Banyak buku yang mengupas tentang wanita tetapi hampir tiada yang menyentuh tentang wanita Melayu. Sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Melayu adalah antara bangsa yang tertua di dunia. Siapakah Qaturah? Benarkah beliau ibu kepada bangsa Melayu?