Hantu telah lama menjadi sebahagian dari kepercayaan dan budaya manusia. Berbagai tempat di dunia memiliki pandangan unik terhadap eksistensi hantu, yang dipengaruhi oleh cara hidup mereka. Seiring berjalannya waktu, hantu menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat, mempengaruhi norma, perilaku, dan kepercayaan akan sebab akibat sesuatu perbuatan. Meskipun zaman terus berkembang, hantu tetap menjadi topik popular di berbagai kalangan. Hantu sering dikaitkan dengan peristiwa yang sukar dijelaskan oleh masyarakat awam. Mengapakah hantu kerap dipercayai wujud dan ada dalam kehidupan manusia? Apakah yang mendasarinya? Eksistensi Hantu dalam Kehidupan Sosial Budaya oleh Sukarwo (2023) menyatakan bahawa konsep 'hantu' berasal dari era mistik, ketika pengetahuan manusia belum begitu maju dalam memahami alam semesta. Hantu menjadi sebahagian dari kepercayaan leluhur terhadap roh-roh jahat, yang penting dalam animisme dan dinamisme pada masa dulu.