Hantu telah lama menjadi sebahagian dari kepercayaan dan budaya manusia. Berbagai tempat di dunia memiliki pandangan unik terhadap eksistensi hantu, yang dipengaruhi oleh cara hidup mereka. Seiring berjalannya waktu, hantu menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat, mempengaruhi norma, perilaku, dan kepercayaan akan sebab akibat sesuatu perbuatan.
Meskipun zaman terus berkembang, hantu tetap menjadi topik popular di berbagai kalangan. Hantu sering dikaitkan dengan peristiwa yang sukar dijelaskan oleh masyarakat awam. Mengapakah hantu kerap dipercayai wujud dan ada dalam kehidupan manusia? Apakah yang mendasarinya? Eksistensi Hantu dalam Kehidupan Sosial Budaya oleh Sukarwo (2023) menyatakan bahawa konsep ‘hantu’ berasal dari era mistik, ketika pengetahuan manusia belum begitu maju dalam memahami alam semesta. Hantu menjadi sebahagian dari kepercayaan leluhur terhadap roh-roh jahat, yang penting dalam animisme dan dinamisme pada masa dulu.
Hantu juga merupakan sebahagian dari kearifan tempatan suatu budaya, diwariskan secara turun-temurun melalui lisan. Kepercayaan ini mengaitkan hantu dengan konsep jahat dan baik dalam masyarakat tradisional. Hal ini membentuk pola fikir yang berpengaruh pada cara hidup masyarakat. Perlahan, muncul pemahaman kolektif bahawa kehadiran hantu dan roh-roh jahat adalah konsekuensi dari suatu tindakan. Contoh sederhana adalah konsep ‘kesakralan’ hutan.
Menurut Sukarwo dalam Eksistensi Hantu dalam Kehidupan Sosial Budaya, dalam berbagai budaya dan kepercayaan, hutan sering dianggap mistik sehingga masyarakat enggan merosakkannya kerana takut akan kesan buruk. Kepercayaan ini secara tidak langsung mengingatkan masyarakat untuk menjaga keseimbangan alam. Hantu menjadi media penyampaian pesan moral yang ampuh, mengajarkan masyarakat tentang sebab akibat dari perbuatan. Pemahaman ini berkembang seiring waktu. Berbagai cerita hantu dan kepercayaan mistik disesuaikan dengan perkembangan zaman, berpadu dengan penyebaran agama, serta campur tangan industri hiburan dalam transformasi budaya. Penyebaran ilmu pengetahuan yang pesat juga berperanan besar dalam mengubah perspektif masyarakat terhadap hantuk dan entiti mistik lainnya. Selain dalam sudut pandang hiburan, susuk hantu juga dapat dianalisis secara ilmiah, salah satunya melalui kajian psikologi.