Seorang sejarawan dan ahli geografi Islam, Abu Hasan Al-Mas’udi pada tahun 956 menulis perjalanan Islam Sepanyol tahun 889 Masihi. Ekspedisi pelayaran Islam Sepanyol pada tahun itu bertolak dari pelabuhan Delba (pelabuhan yang sama dengan bermulanya ekspedisi Christopher Columbus), dan berlayar selama berbulan-bulan ke arah Barat. Lalu mereka menemui sebuah daratan yang sangat luas dan mereka pun berniaga dengan penduduk asli di daerah tersebut. Selepas itu, mereka kembali semula ke Eropah. Al-Mas’udi menggambarkan tanah tersebut dalam petanya yang sangat fenomenal. Beliau menyebut daratan tersebut sebagai ‘Daratan yang Tidak Diketahui’ atau daratan tanpa nama. Tercatat bahawa Islam Sepanyol telah dua kali mengadakan ekspedisi ke Amerika. Pertama, pada tahun 999 Masihi oleh Ibnu Farrukh dari Granada dan yang kedua oleh Al-Idrisi pada tahun 1100 Masihi. Al-Idrisi mencatat sekumpulan orang-orang Islam berlayar ke arah Barat dari Lisbon selama 31 hari dan berlabuh di sebuah pulau di Caribbean. Mereka ditawan oleh penduduk asli Amerika di kepulauan tersebut selama beberapa hari. Setelah beberapa hari mereka pun dibebaskan kerana rundingan dengan perantara salah seorang penduduk setempat yang memahami bahasa Arab. Mereka pun kembali ke Al-Andalus dan kemudiannya menceritakan apa yang telah mereka alami. Fakta menarik dari kejadian ini adalah wujudnya penduduk setempat yang memahami bahasa Arab. Tentu sahaja hal ini menunjukkan sering terjadi hubungan antara penduduk setempat (Amerika) dengan orang-orang Arab.
Ada sebuah teori yang menyatakan bahawa orang-orang Islam datang ke benua Amerika menyeberangi kegelapan Lautan Atlantik 300 atau 400 tahun sebelum kedatangan Christopher Columbus. Teori ini didukung oleh kemampuan orang-orang Islam dalam pemetaan, geografi, dan astronomi. Umat Islam telah mengeluarkan teori bahawa bumi berputar seperti bola sebagaimana Ibnu Khardzabah (242 H/885 M) dan Ibnu Rustah (290 H/903 M), termasuk Khalifah Abbasiyah, Al-Makmun. Jelas, pernyataan bahawa Christopher Columbus adalah orang pertama yang menjelajahi Lautan Atlantik dan menginjakkan kaki di benua Amerika adalah sebuah pembohongan yang perlu ditegaskan. Tidak dinafikan bahawa era Christopher Columbus adalah waktu yang sangat penting dalam sejarah dunia yang mengubah cara hidup di benua Amerika dan Eropah.
Namun untuk mengatakan bahawa beliau adalah orang yang pertama menginjakkan kaki di benua Amerika adalah pembohongan yang sangat tidak bertanggungjawab dilakukan oleh orang-orang Barat dan Yahudi. Eksistensi orang-orang Arab, Afrika Barat, dan Uthmaniyah di daerah tersebut jauh sebelum kedatangan Christopher Columbus dan orang-orang Kristian Eropah. Pendapat-pendapat yang menyatakan bahawa Christopher Columbus adalah orang yang pertama datang ke tanah tersebut sesungguhnya harus dinafikan oleh umat Islam yang waras. Ingatlah bahawa, orang-orang Yahudi melalui unit propaganda dan media massa kawalan mereka sentiasa sahaja menyembunyikan pelbagai fakta sebenar demi menaikkan nama bangsa mereka yang kononnya bangsa pilihan Tuhan yang hebat berbanding bangsa-bangsa lain di dunia ini.