Dear customer, online order operates as usual. We are currently experiencing delays with order dispatch due to the ongoing Coronavirus pandemic. However, we are trying our best to ship your item as soon as possible!
Postage charges
Domestic Delivery
Postage fees for domestic delivery are as below:
-West Malaysia – RM 10
-Sabah & Sarawak – RM 15
For the first 1KG and subsequent additional gram is as per Courier Tariff Rate.
International Delivery
We charge based on Courier International postage fees.
projek seram - hotel | |||||||||||
By: NINIE OTHMAN, NAIM TAMDJIS, EQBAL MOHAYDEEN, AZIAH ZAINAL | |||||||||||
Brand: buku prima | |||||||||||
| |||||||||||
| |||||||||||
| |||||||||||
|
|||||||||||
| |||||||||||
| |||||||||||
BELL-BOY - NINIE OTHMAN Writer's block yang melanda Farish telah memberi idea kepada Ariff untuk menginap di sebuah hotel yang dikatakan berpuaka. Dengan harapan ilhamnya akan datang mencurah-curah dan mahu menamatkan writer's blocknya, akhirnya Farish bersetuju untuk menginap di hotel berpuaka itu selama 4 hari. Kisah kematian penuh tragis seorang bell-boy yang pernah bekerja di hotel itu telah menarik minat Farish untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Dia cuba menyiasat apa yang telah menyebabkan bell-boy itu dibunuh dengan kejam. Namun, keberanian Farish dan Ariff semakin goyah apabila mereka sering diganggu dengan gangguan-gangguan yang menakutkan ketika menginap di situ. Dan yang paling mengejutkan mereka ialah kedudukan bilik mereka yang bernombor 301 itu. Dapatkah mereka terus menginap di situ selama 4 hari dan apa sebenarnya yang telah berlaku kepada bell-boy itu sehingga rohnya dikatakan menghantui para penginap di hotel itu? ~Kerana iri hati dan dendam, manusia sanggup berbuat apa sahaja.~
GENTAYANGAN - NAIM TAMDJIS Ekmal tertarik untuk mengambil alih Hotel Gentayangan yang terletak berhampiran kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur. Tetapi adiknya menegah kerana hasil kajiannya mendapati hotel tersebut berhantu. Ekmal tidak percaya kerana hotel tersebut sangat strategik dan bakal memberi pulangan yang lumayan. Ekmal sendiri datang menyiasat dan mengalami sendiri pengalaman duduk di hotel. Malah Ekmal bertanya sendiri kejadian misteri yang dialami oleh pekerja. Pelbagai cerita seram diceritakan oleh para pekerja. Kemudian berlaku kes pembunuhan yang melibatkan pekerjanya. Inspektor Arisya menyiasat kes pembunuhan yang berlaku. Dia percaya pembunuhan yang berlaku bukan disebabkan oleh makhluk mistik tetapi dilakukan oleh manusia. Kemudian berlaku pembunuhan penuh misteri oleh entiti berpakaian badut yang terakam oleh CCTV. Inspektor Arisya ditugaskan untuk menyiasat pembunuhan yang berlaku. Siapakah pembunuh badut dan kenapakah banyak kejadian misteri yang berlaku di hotel? Anda boleh check-out bila-bila masa. Tapi anda tak boleh keluar dari sini.
HOTEL SAN DEVILY - EQBAL MOHAYDEEN Beberapa orang pelancong hilang tanpa dapat dikesan di bumi Melaka. Kehilangan mereka menjadi kes yang cukup misteri dan tidak dapat diselesaikan. Ghaib dan lesap sama sekali. Sebuah hotel tidak beralamat yang terbina sejak tahun 1914 telah menjadi pilihan penginapan dua sahabat, Eric dan Faiz yang sedang bercuti di negeri bandar raya bersejarah itu. Langkah pertama menginjak hotel tersebut, sesuatu yang tidak enak mengusik di hati. Bulu roma dirasakan meremang seolah-olah ada sesuatu yang sedang memerhatikan segala gerak geri mereka. Malam pertama di situ, satu per satu kejadian aneh dan menakutkan mula merasuk. Mereka mula bergelut mencari jalan keluar tetapi terhalang oleh sesuatu yang bersifat misteri. Tanpa sedar, mereka telah membangkitkan suatu makhluk yang sekian lama 'tidur' di situ! Adakah misteri kehilangan pelancong berkait dengan hotel yang mereka huni itu? Berjayakah mereka keluar dari hotel puaka itu dengan selamat? Ada makhluk lain antara kita!
AZIAH ZAINAL - TAMU TAK DIUNDANG Mengisahkan dua sahabat , Akid dan Dali yang ingin bercuti di Hotel Seri Malam. Pada suatu hari mereka telah menjumpai sesuatu yang bukan hak mereka dan mengambilnya. Sejak hari itu pelbagai kejadian pelik telah berlaku. Hidup mereka tidak tenteram lagi dan persahabatan sudah tiada ertinya kerana diantara mereka ada makhluk yang cuba menghasut dan memecah belahkan mereka. Percutian yang dirancang menjadi huru hara. Berjayakah mereka menyelamatkan diri daripada terus menjadi mangsa ataupun ada tetamu lain yang akan menggantikan tempat mereka?
|
|
You may like it too. |