Ensiklopedia ini merupakan perbahasan lengkap mengenai solat-solat sunat yang dijelaskan dengan dalil-dalil serta kaifiat-kaifiatnya. Penulis juga mengemukakan galakan dan kelebihan solat-solat sunat tersebut berdasarkan kepada ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW.
Naskhah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu solat-solat sunat yang dilakukan secara berseorangan dan berjemaah atau terdapat khilaf antara keduanya.
Antara solat sunat yang dibincangkan:
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajjud
- Solat Sunat Wuduk
- Solat Istikharah
- Solat Sunat Musafir
- Solat Sunat Nikah
- Solat Tarawih
- Solat Gerhana
- Solat Istisqa’
- Solat Sunat Tasbih