Apabila umat saling bertelagah, Islam diranapkan syaitan.
Ada dunia lain di Nusantara.
Dunia hikayat yang merampas gelaran Adiwangsa.
Selepas peristiwa berdarah di Banda Buana, dimensi yang memisahkan manusia, bunian, kayangan, duyung dan syaitan semakin retak, mengundang petaka. Syaitan kian berkuasa. Ayyan dan Faris memimpin Lasykar Estodania ke Baitul Hikmah demi mengembalikan kegemilangan Estodania yang sudah jatuh ke tangan musuh. Tanpa diduga, pengkhianatan demi pengkhianatan menyebabkan masa depan Nusantara jadi taruhan.
Mampukah kebangkitan syaitan itu dihalang andai Muslim sendiri yang mengkhianati Islam?