OK
Sorry! no images available for this colour!
Sorry, you must select the options in order to add to bag.
This item has been saved to your wishlist.

MQT20 Nota My #Qurantime Juzuk 20


View My Wishlist Continue Shopping
Size Guide

Shipping Rate

SHIPPING RATE

Dear customer, online order operates as usual. We are currently experiencing delays with order dispatch due to the ongoing Coronavirus pandemic. However, we are trying our best to ship your item as soon as possible!

Postage charges

Domestic Delivery
Postage fees for domestic delivery are as below:

-West Malaysia – RM 10
-Sabah & Sarawak – RM 15

For the first 1KG and subsequent additional gram is as per Courier Tariff Rate.


International Delivery
We charge based on Courier International postage fees.


Item added to your bag.

MQT20 Nota My #Qurantime Juzuk 20

RM 30.00


Checkout Continue Shopping
By creating an account with our store, you will be able to move through the checkout process faster, store multiple shipping addresses, view and track your orders in your account and more.
Agama
MQT20 Nota My #Qurantime Juzuk 20
MQT20 Nota My #Qurantime Juzuk 20
MQT20 Nota My #Qurantime Juzuk 20
MQT20 Nota My #Qurantime Juzuk 20

Swipe left or right for next image
Loading...
Enlarge Photo +
MQT20 Nota My #Qurantime Juzuk 20MQT20 Nota My #Qurantime Juzuk 20MQT20 Nota My #Qurantime Juzuk 20MQT20 Nota My #Qurantime Juzuk 20
nota my #qurantime juzuk 20
Brand:  karya bestari
SKU: MQT20
Weight:  0.5 kg
Available Qty:  408
RM 30.00
  |   No Reviews
Buy this item you earn 30 points.
More Options
  • Description
  • More Details
  • Return & Exchange Policy
Juzuk ini mengandungi tiga surah iaitu;
  1. Surah al-Naml ayat 56-93,
  2. Surah al-Qasas ayat 1-88
  3. Surah al-Ankabuut ayat 1-63
 
Surah An-Naml, yang bermaksud semut. Kerana nama semut ini ada disebut di dalam ayat 18 dan juga 19. Seekor semut mengatakan kepada rakan-rakannya sesama semut agar mereka segera bersembunyi ke dalam sarang-sarang mereka kerana tentera Nabi Sulaiman a.s akan lalu di tempat itu. Jangan sampai mereka hancur lumat dipijak oleh Nabi Sulaiman dan tenteranya nanti.
 
Surah al-Naml ini memberi fokus kepada  keindahan kisah Nabi Sulaiman a.s dan dakwahnya kepada kaum Saba’.
 
Isi kandungan surah ini meliputi akidah dan juga tauhid. Iaitu beriman kepada Allah, beribadathsemata-mata kerana Allah, tidak menyekutukan Allah dengan benda-benda lain. Juga beriman kepada hari akhirat, hari kebangkitan manusia dan juga hari penghisaban.
Pengajaran utama yang dapat kita ambil dari kisah ini adalah pentingnya rasa syukur ketika kita diberikan kenikmatan Allah SWT. Ketika Nabi Sulaiman a.s diberikan keberkatan dan juga kemenangan, baginda selalu menjawabnya dengan rasa syukur.
 
Surah al-Qasas meneruskan misi surah al-Naml dalam memberikan khabar gembira kemenangan Islam di masa hadapan. Jika surah al-Naml memberi isyarat kemenangan Islam di seluruh dunia akan mengulang era pemerintahan Islam di bawah Nabi Sulaiman, maka surah ini membongkar bagaimana rahsia dan misterinya perancangan Allah SWT yang di luar kemampuan kita menjangkauinya iaitu musnahnya Firaun di tangan seorang bayi yang dibesarkannya sendiri.
 
Fokus utama surah ini: Kisah Nabi Musa a.s. Surah ini menunjukkan kepada kita ujian yang dilalui Nabi Musa a.s dan para pengikutnya sebelum mencapai kemenangan dengan pertolongan Allah
 
Kisah ini membuktikan akan kekuasaan dan ketetapan Allah SWT. Bagaimana Nabi Musa sebagai bayi yang tidak berdaya di dalam air dilindungi oleh Allah SWT. Fir’aun dengan segala kekayaan dan kekuasaannya, pada akhirnya juga ditenggelamkan oleh air. Ini menunjukkan kepada kita bahawa siapa pun yang Allah ingin lindungi, tidak ada yang boleh menyakitinya, dan Allah Maha Berkuasa atas segalanya.
 
Surah Al-Ankabut yang bermaksud labah-labah, kerana ia diambil perumpamaan dalam ayat 41 di mana Allah SWT mengumpamakan penyembah-penyembah berhala itu dengan labah-labah yang percaya kepada kekuatan rumahnya sebagai tempat ia berlindung dan tempat ia menjerat mangsanya. Padahal kalau dihembus angin atau ditimpa oleh suatu barang yang kecil saja, rumah itu akan terus hancur.
 
Surah ini juga dikenali sebagai Surah Ujian kerana didalamnya terdapat dua kisah Nabi yang menerima ujian yang lebih berat berbanding ujian terhadap Rasulullah SAW.
 
Ayat 2-4 Surah Al-'Ankabut memberitahu bahawa ujian itu pasti akan dirasai oleh setiap dari kita semua.  Kisah pertama adalah ujian yang dihadapi oleh Nabi Nuh A.S. yang dihantar untuk bersama kaumnya selama 950 tahun (Ayat 14). Ini sangat banyak jumlahnya jika dibandingkan dengan 23 tahun Nabi Muhammad SAW diuji untuk menyempurnakan tugasan Baginda SAW.
 
Kisah kedua adalah ujian yang menimpa Nabi Ibrahim A.S. yang dibakar lalu diselamatkan oleh Alla SWT (Ayat 24).
Ayat 45 surah ini merupakan suruhan Allah SWT supaya kita membaca Al-Quran dan mendirikan solat. Dua perkara ini perlulah bergerak seiring kerana solat itu mencegah perkara yang keji dan mungkar. JIka kita menjaga solat kita, InsyaAllah ia akan menjaga diri kita dari perbuatan mungkar. Allahu a'lam.
Checkout these products
You may like it too.
What our customers said
There are currently no product reviews.
Write Review