KOMIK MECHAMATO WIRA BAHARU
Apabila sebuah kapal angkasa misteri terhempas di Bumi, seorang pemuda bernama Amato bertemu dengan Mechabot, salah satu daripada robot yang paling berbahaya di seluruh galaksi. Selepas mengenali Mehcabot dan menjadi tuan barunya, Amato kini boleh menggunakan kuasa unik Mechabot yang membolehkannya untuk Mechanize objek - objek biasa menjadi peralatan yang canggih. Gabungan idea kreatif Amato dan kuasa Mechabot yang menajubkan menyebabkan kehidupan Amato kini berubah menjadi lebih baik.
Tetapi tanpa pengetahuan mereka, Mechabot sedang diburu oleh alien sibernatik bergelar Grakakus. Demi menghentikan ancaman Grakakus dari terus berleluasa, Amato dan Mechabot perlu belajar untuk berkerjasam dan Mechanize menjadi superhero baharu bernama Mechamato.