Siapa yang sanggup mendedahkan ‘aib’ dan ‘kelemahan’ sendiri? Siapa yang sanggup kerana kesannya bukan biasa-biasa ; dipandang serong oleh masyarakat.
Tetapi itu bukan pilihan kepada anak muda yang bernama Izzad Daniel ini. Namanya dikenali kerana keberaniannya mendedahkan sisi gelap hidupnya yang orang lain akan berusaha menutupinya.
Dia anak muda yang pernah tersungkur, tersilap, dan khilaf ketika menjalani kehidupan. Tekadnya, dia tidak mahu anak muda menjadi seperti dirinya; terjerumus dalam lubang hitam ketika usia masih begitu mentah.
Terkandas ketika remaja, tetapi mendapat Peluang Kedua.
Peluang Kedua merupakan sebuah manifestasi Izzad Daniel. Dia yakin,
“Kesilapan bukanlah awal yang buruk dan bukan pengakhiran dalam hidup.”
Izzad Daniel, dia antara anak muda yang melalui pergelutan hidup, dan percayalah dia tidak keseorangan. Di luar sana ada ramai ‘Izzad Daniel’ atau mungkin juga bakal ‘Izzad Daniel’ yang lain.
Dan buku ini untuk kamu.