Selagi kita masih hidup jangan bermimpi untuk bahagia. Kerana Ujian pasti menimpa. Jadi Redha dan sabarlah, itu yang bawa kita ke SYURGA. Penerbitan buku DUNIA BUKAN SYURGA adalah salah satu langkah dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat umum di luar. Buku ini mengambil inspirasi dan terjemahan daripada kitab “Safaqat Rabihah”. Ia berkisarkan mengenai keuntungan-keuntungan terbesar yang bakal diperolehi manusia melalui amalan-amalan mereka. Antara isu-isu menarik yang dikupas adalah; 1. Keajaiban Solat Subuh. 2. Bahaya mata yang melihat. 3. Sabar Kunci Kebahagian 4. Hebatnya Vitamin Al-Quran 5. Titiskan Air Mata Kerana Allah 6. Akaun Pahala Belum Ditutup 7. Pintu Langit Terbuka 8. Bahaya Sifat Rasa Diri Sempurna 9. Solat Selamat Tinggal 10. Bersangka Baik Dengan Allah Buku ini juga mengandungi banyak nasihat-nasiat dan amalan-amalan yang boleh dipraktikkan oleh umat Islam. Semuanya bersumberkan al-Quran dan Sunnah Nabi daripada hadis-hadis yang sahih.