Sinopsis:
“Saya bersumpah di bawah Induk dan Tonggak. Di bawah Agung dan Tempatan. Di bawah para Roh dan Manusia. Di bawah Kesucian sebuah Pemeteraian, dan di atas nama KEKUASAAN yang menciptakan—untuk menghormati Pemeteraian antara saya dan kamu.”
Jauh di dunia asing, para manusia hidup di samping makhluk sakti yang bergelar roh. Sekumpulan manusia terpilih untuk membuat pemeteraian bersama roh-roh tersebut demi mengekalkan keamanan antara para roh dan manusia.
Fyn dan ibunya hidup miskin di Kota Kardyn kerana status mereka sebagai pendatang. Eldessa—sebuah hutan tidak dimeterai yang hangus terbakar—merupakan tanah leluhur mereka.
Takdir membawa Fyn bertemu Umal, lelaki tua yang
memeterai bersama Roh Kardyn. Lantas, gadis itu turut mengenali sang roh yang sekian lama mencari penceroboh misteri yang tidak diketahui akan kewujudannya.
Siapakah penceroboh Kardyn yang dicari-cari? Apa pula kaitannya dengan peristiwa kebakaran di Eldessa?