Siapa sangka, percutian para pelajar Universiti Tun Dr. Mahathir ke Langkawi untuk menyiapkan assignment dirundung malang besar. Pesawat Boeing 777-300ER, penerbangan MH707 yang dinaiki mereka terhempas di sebuah pulau misteri. Afiq Zaki, Tengku Nizariff dan Ummu Habibah, tiga orang sahabat baik antara penumpang pesawat itu. Siapa sangka, pulau itu menyimpan seribu misteri yang menanti untuk dibongkarkan mereka yang terselamat daripada nahas besar itu. Entah kenapa juga, tiada satu pun pesawat penyelamat yang tiba untuk menyelamatkan mereka daripada kegilaan ini. Akhirnya memaksa mereka untuk meneroka dan menggunakan segala kemahiran ikhtiar hidup untuk kekal hidup. Di setiap inci pulau misteri itu, makhluk dari zaman prasejarah menanti mereka. Mampukah mereka keluar dari situ hidup-hidup? Siapakah yang akan terkorban nanti dalam menempuhi cabaran sebesar itu? Siapa pula yang akan mengorbankan diri demi menyelamatkan insan yang disayangi?