Leila seorang hoarder cleaner. Ketika dia berusia sepuluh tahun, dia sudah menyaksikan kedurjanaan hati manusia dewasa di sekelilingnya. Jadi, apalah sangat kerjayanya mencuci najis dan kekotoran orang lain. Kebahagiaannya hanya satu; menjadi pelindung kepada satu-satunya ahli keluarga yang masih tinggal selepas tragedi yang menimpa mereka.
Menjadi Jane kepada seorang Cassandra.
Dia tidak perlukan pujuk rayu Asmawi mahupun lamaran tidak bererti daripada rakan karibnya, Nik. Dia tidak perlukan kebahagiaan sebegitu. Sehinggalah Hadi muncul dalam hidupnya. Lelaki yang senyumannya boleh mencairkan mentega, tetapi menyimpan seribu satu kedukaan dalam hati.
Bagi Jannah pula, semua pengorbanannya adalah demi satu janji kepada abi yang harus dikotakan. Hidup matinya adalah untuk memastikan janji itu tidak akan dimungkiri. Namun, apabila insan daripada masa lalunya muncul mengancam keselamatan Leila, Jannah sedar bahawa banyak yang dia tidak tahu tentang adik sendiri.