Tiga kisah, tiga kehidupan.
Raihan yang berkahwin dengan seorang gadis yang hatinya telah tertutup dan tidak mampu mencintai orang lain lagi. Apakah perkahwinan mereka akan terus berjalan tanpa rasa cinta?
Dan Ikhwan yang perlu bersendirian membesarkan anak selepas cinta dirampas daripada tangannya. Lalu, berada dalam dilema kerana telah menyerahkan hatinya kepada perempuan yang tidak boleh dia dekati sama sekali.
Persoalannya, cinta tidak boleh dipilih pada siapa dan bila ia akan tertuju. Lalu, bagaimana jika cinta itu tumbuh pada orang yang salah kelak?
Perlukah ditolak? Namun, bukankah cinta itu anugerah? Ketika situasi mula di luar kawalan, maka kepada siapa lagi kita perlu kembalikan semua urusan hati, jika bukan kepada Sang Pemilik Cinta?