Kehidupan ini sememangnya memiliki rahsia yang tersembunyi. Adakala, apa yang kita harapkan tidak menjadi, sebaliknya apa yang tidak diminta, kita memperolehinya. Usah cepat berputus asa dengan rahmat ilahi dan terus menghukum bahawa doa kita tidak diperkenankan.
Teruskanlah memohon disamping merenung ke dalam diri apakah yang telah allah limpahkan kepada kita. Sejujurnya, jika hendak dicatatkan, sudah tentu tinta seluas air lautan yag digunakan tidak mencukupi. Ini mengambarkan betapa tidak terhitung nikmat-Nya.
Maka, untuk kesejahteraan di dunia da akhirat, kita perlu sentiasa mengigati pesanan Rasulullah SAW agar tidak lalai edngan tipu daya nikmat dunia. Meskipun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita namun titipannya iaitu al-Quran dan sunnah tetap menjadi panduan.
100 Pesanan Terakir Rasulullah (Edisi kemas kini) ini bisa menggetarkan setangkai hati kita andai ada pesanan ini jauh daripada jangkauan apa yang telah dilaksanakan. Jadikanlah peringatan ini sebagai kayu ukur amalan kita. Moga ada kebaikan yang dapat dikongsi. Insya-Allah.
Antara kandungan menarik:
- Peliharalah solatmu.
- Isteri, taatilah suamimu.
- Bersedekah biarlah ikhlas.
- Bersahabat cara Rasulullah.
- Memberi salam itu satu sedekah
- Ziarahilah kubur ingati kematian.
- Mengharap keredaan beribadat.