Makhluk Prasejarah Sejak bermulanya kewujudan dunia, terdapat lebih 500 juta jenis organisma telah menetap di bumi. Dari kulat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, cendawan raksasa yang mempunyai ketinggian sebanyak 6 meter, mamot yang hilang secara misteri hingga ke leluhur manusia Australopithecus. Kebanyakan daripada mereka telah pupus akibat perubahan persekitaran. Hanya sebahagian organisma sahaja yang masih hidup dan berevolusi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran zaman sekarang. Walau bagaimanapun, kesemua organisma ini mempunyai misteri kehidupan yang mendorong kita untuk mengenali semula bumi. Buku ini menceritakan sebanyak 58 pengetahuan tentang makhluk prasejarah melalui penyampaian yang menyeronokkan. Pengetahuan-pengetahuan ini termasuklah bagaimana mereka memburu makanan, bagaimana mereka mempertahankan diri daripada serangan musuh serta sebab-sebab organism mengalami kepupusan. Ini seterusnya melahirkan rasa ingin tahu pembaca cilik dalam menyelami dunia sains yang serba aneh.