Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.
NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-16 menelusuri beberapa kisah rasul terdahulu seperti Nabi Isa a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Zakaria dan Nabi Adam a.s. Juga mengenai Dzulqarnain yang menawan beberapa wilayah jajahannya. Malah, diceritakan juga tentang beliau yang telah dibina tembok untuk menghalang Yakjuj dan Makjuj daripada melakukan kejahatan.
Antara kandungan menarik lain:
- Misi Dzulqarnain di Wilayah Timur.
- Kebolehan Dzulqarnain Dalam Bidang Kejuruteraan.
- Yakjuj dan Makjuj Tidak Dapat Menembusi Dinding.
- Allah SWT Memakbulkan Doa Nabi Zakaria.
- Mukjizat Nabi Musa a.s.
- 4 perkara penting yang disampaikan kepada Firaun.
- Ahli sihir Firaun yang akhirnya tunduk kepada Allah SWT.