Sinopsis :
Petualang Muaz sebagai pejuang akhirnya sampai ke penghujung. Kematian mentor dan gurunya, Sheikh Mahadi melukakan hati.
Lebih menyakitkan bila mengetahui Sheikh Mahadi itu seorang pemimpin Yahudi yang menjadi musuh ketat ayahnya selama ini. Pertempuran dengan mentornya itu menyebabkan Muaz kehilangan tangan kiri.
Akibat kecacatan dan kekecewaan itu, dia mengambil keputusan untuk mengundur diri dari medan perjuangan.
Dia fikir setelah meninggalkan dunia perjuangan, hidupnya akan tenang. Rupa-rupanya dendam puak Zionis semakin membara.
Agensi Perisikan Mossad telah menggerakkan Unit Sulit Kidon iaitu Skuad Pembunuh Elit yang berkemahiran luar biasa untuk membunuh Muaz dan ayahnya. Sekali lagi ketenangan hidup Muaz diganggu. Kali ini, dia menghadapi lawan yang cukup getir. Satu per satu orang yang ada kaitan dengan Muaz dihapuskan.
Muaz sedar, dia tidak boleh berpaling lagi.
Demi sebuah dendam, dia kembali dalam kancah yang tidak menjanjikan ketenangan.
Ayah Muaz, Syed Fahim telah ditawan oleh musuh. Muaz tiada pilihan lain. Dia mula memburu musuh yang tidak diketahui. Perjuangan ini bukan untuk mencari nama, tetapi untuk mempertahankan maruah.
Inilah pemulaan untuk sebuah pengakhiran.