BUKU ini menghidangkan 60 resipi yang popular di negeri Bumi Kenyalang. Oleh kerana terdapat banyak suku kaum di negeri ini maka setiap kaum mempunyai masakan istimewa masing-masing. Boleh dikatakan setiap masakan mereka menggunakan lada hitam sebagai bahan rempah untuk memedaskan lauk-pauk. Oleh itu penggunaan cili agak kurang berbanding rempah-ratus. Antara masakan yang cukup digemari ialah Ayam Pansuh, Laksa Sarawak, Bubur Pedas, Midin Belacan dan Umai Udang. Penggunakan ikan darat, ikan masin, udang dan makanan laut juga cukup popular. Ini kerana mereka gemar mengekalkan masakan yang segar kerana ia lebih berkhasiat dan semulajadi. Kuih-muih yang dikukus juga merupakan hidangan kegemaran mereka. Antara yang mudah didapati ialah Tapai Ubi, Nasi Ruya, Kuih Jala dan Kek Lapis Sarawak yang terkenal hingga ke peringkat antarabangsa.