ANDA ingin mempelbagaikan makanan untuk anak yang berumur enam bulan ke atas? Adakala, anda sering merungut apabila anak-anak anda tidak mahu makan. Si dia lebih menggemari makanan berbentuk snek yang tiada khasiatnya. Adakah anda menghadapi situasi begini? Adakalanya juga bagi ibu-ibu yang sentiasa mengambil berat tentang pemakanan berkhasiat anak-anak, mereka buntu memikirkan menu-menu yang sesuai untuk anak-anak mengikut perkembangan usia mereka. Mereka tercari-cari hidangan yang mudah dibuat, menjimatkan kos dan penuh zat. Jangan susah hati kerana anda boleh mempelbagaikan makanan untuk si manja itu dengan merujuk bermacam-macam jenis resipi melalui buku terbaru Alaf 21 bertajuk KOMPILASI HIDANGAN SI MANJA. Pastinya buku ini dapat membantu anda untuk menarik perhatian si manja menikmati makanan yang mudah, enak dan berkhasiat. Semoga buku ini dapt dijadikan panduan untuk membina anak-anak yang sihat dan cergas.