Anak-anak di bawah usia 6 tahun perlukan 12-17 jam sehari khusus untuk tidur sahaja. Ia suatu jumlah yang sangat tinggi. Lebih setengah hari! Bukan hanya kuota yang tinggi, anak kecil di bawah usia 3 tahun perlu ulang tidur berkali-kali sepanjang hari. Ini semua demi perkembangan tumbesaran, kesihatan dan kemampuan belajar serta meneroka dunia anak kecil. Ia juga demi kerehatan dan kesihatan mental ibu bapa serta penjaga. Pengalaman penulis selama 13 tahun dengan ilmu dari 5 sijil pentauliahan antarabangsa telah memberi inspirasi kepada beliau untuk menghasilkan Kitab Tidur Anak Malaysia ini dengan misi untuk melihat jutaan ibu bapa dan penjaga di Malaysia yang sengsara, tidak gembira dan stres dalam menghadapi masalah tidur anak, terbantu. Bila tidur anak bagus, semua orang gembira. Jadilah ibu bapa dan penjaga yang gembira. Terokai ilmunya dari buku ini Kitab Tidur Anak Malaysia.