Kehilangan adiknya, Bahiyah memaksa Azim bergegas ke sebuah kampung di tepi laut. Azim, Ijam dan Ainuha cuba menjejaki Bahiyah. Namun, pencarian itu membawa mereka bertiga ke sebuah kem tahanan perang dunia ke-2 di atas sebuah bukit. Di situ, mereka berhadapan dengan pelbagai rintangan dan halangan daripada puaka yang mengawal tempat itu. Apakah punca tempat itu berpuaka? Mampukah mereka berempat keluar dengan selamat?
Mereka masih mengawal tempat itu…/ KISAH LATIFAH
Disebabkan pelanggan kurang pada malam Jumaat itu membuatkan Zamri berkesempatan berbual dengan Hanafi dan Azhar. Kisah yang dibualkan adalah kisah-kisah seram yang pernah berlaku di dalam kawasan kem tentera dan sekitarnya. Pelbagai kisah yang ditimbulkan termasuklah kisah sundel bolong, pocong, dan lelaki misteri berkepala anjing. Malah, pada malam itu juga, Zamri mengalami sesuatu yang menakutkan. Benarkah apabila diseru ianya akan muncul di depan mata?
Bukan dalam hutan aje, dalam kem pun banyak... /KISAH SERAM MALAM JUMAAT
Empat rakan baik, Zayeed, Afy, Ryan dan Vijay tidak menyangka bahawa tugas mereka di KEM RAHSIA mengalami suatu tragedi berdarah sehingga membawa impak yang besar dalam hidup mereka. Disebabkan kesilapan tanpa disengajakan mengambil barang yang bukan miliknya serta mengganggu ketenteraman si penunggu hutan, Vijay telah dirasuki roh pahlawan Melayu lama yang telah bersumpah akan mengakhiri dendamnya walau dengan apa cara sekalipun. Akibatnya, banyak perubahan yang berlaku pada diri Vijay. Malah, sanggup membunuh rakannya sendiri yang dikaburi mata syaitan.
Ganggu ketenanganku, petakalah hidupmu!.KEM RAHSIA