"Aku nak tolong kawan aku, tapi aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku patut dengar saja ke, atau aku patut cakap sesuatu...?”
Kadangkala, apabila kawan datang kepada kita untuk meluahkan, timbul perasaan serba salah dalam diri; “Aku patut buat apa ni?”
Diam salah, cakap pun salah. Risau nanti tersalah respons. Kekok betul.
Sebenarnya, bilakah waktu yang sesuai untuk kita memberi respons? Adakah cukup dengan hanya mendengar?
Menjadi pendengar yang baik bukan sekadar memilih antara duduk diam atau memberi kata semangat. Yang lebih penting adalah, si peluah merasakan dia benar-benar didengari dan difahami.
Menerusi buku ini, penulis menampilkan tip-tip praktikal untuk kita menangani rasa kekok apabila berinteraksi secara berhadapan dan di alam maya – agar kita menjadi pendengar yang mampu menyediakan ruang selamat kepada orang terdekat untuk meluahkan apa saja yang terbuku dalam hati