Buku Kek Mentega: Dulu & Kini, Langkah Demi Langkah oleh Norbaini Rahwi ini didedikasikan khas buat anda yang baru berjinak-jinak dalam pembuatan kek dan krim mentega. Biarpun tujuan asal buku ini diterbitkan khas buat mereka yang baru mencuba, namun ia juga pastinya ingin dimiliki oleh mereka yang telah lama berkecimpung dalam dunia pembuatan kek. Berdasarkan pengamatan dan kajian yang dilakukan secara rawak oleh penulis, masih ramai pembuat kek yang tercari-cari buku seumpama ini untuk dijadikan panduan dan rujukan. Lebih menarik, 30 resipi yang dicadangkan di dalam buku ini juga merupakan resipi yang diajar di dalam kelas penulis dan ia mendapat maklumbalas positif daripada para pelajarnya. Setiap resipi ditambah baik melalui proses R&D mengikut selera masyarakat masa kini. Tentunya resipi tanpa gagal! ini akan membantu anda yang mahu berniaga dan menjana pendapatan untuk keluarga. Semoga ia memberi manfaat berguna.