Dear customer, online order operates as usual. We are currently experiencing delays with order dispatch due to the ongoing Coronavirus pandemic. However, we are trying our best to ship your item as soon as possible!
Postage charges
Domestic Delivery
Postage fees for domestic delivery are as below:
-West Malaysia – RM 10
-Sabah & Sarawak – RM 15
For the first 1KG and subsequent additional gram is as per Courier Tariff Rate.
International Delivery
We charge based on Courier International postage fees.
hero untuk jiyan | ||||||||
By: Yumi Hyra | ||||||||
| ||||||||
| ||||||||
| ||||||||
|
||||||||
| ||||||||
| ||||||||
Pertemuan kali pertama antara Jiyan dan Han tidaklah semanis mana pun. Dan... siapa sangka selepas itu, rupa-rupanya Han ialah jiran baharu sebelah rumah Jiyan.
Bagaimanapun hubungan yang tidak semanis mana itu, bertukar semanis dan seindah roti Pelangi Kafe Dapur Isma apabila Han si mamat stone itu menjadi tutor matematik bidan terjun untuk Jiyan yang nakal. Han yang sentiasa ada untuk Jiyan itu membuatkan hati Jiyan selalu berbunga-bunga.
“Awak cari apa lama sangat, tu?” ~ Han
“Cari perhatian awak.” ~ Jiyan
Namun bunga yang mahu berkembang terus layu apabila rasa hati Jiyan ditolak tanpa konar-konar lagi oleh Han. Jiyan memujuk diri sendiri agar dapat melupakan Han.
Sepuluh tahun kemudian, mereka bertemu semula.
“Kenapalah awak ni muncul balik tiba-tiba dan ada aje kat mana-mana?” ~ Jiyan
“Sebab, hero kan kena sentiasa ada di sisi heroin dia.” ~ Han
Hati Jiyan masih berdebar-debar dan suka pada Han untuk sekali lagi. Cuma antara mereka adanya Carissa. Adakah benar dan tertulis yang Han itu hero untuk Jiyan?
***
YUMI HYRA memang menguasai bahasa, watak-watak dan ceritanya! Jarang sekali saya temui naskhah yang menggunakan ganti nama diri ketiga (POV3), akhir-akhir ini. Syabas! Dan... saya suka naskhah yang ditulis dengan segar dan ceria begini. – Editor, Noor Suraya
Bil. mukasurat: 365
Tahun terbitan: 2022
Jenis Kertas: Bulky 70gsm
|
|
You may like it too. |
|
|
|
|