Ain Dheya, gadis kampung yang merantau mencari kerja di bandar. Memandangkan keluarganya susah, dia sangat berjimat dalam berbelanja. Disebabkan itu, dia tidak dapat mengikis sifatnya yang suka menapau makanan.
Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros. Sikapnya yang sombong menyebabkan orang di sekelilingnya sering terasa hati.
Kisah mereka berdua bermula apabila Ash Fayyad menawarkan wang bernilai RM50,000 untuk sesiapa yang sanggup menjaga adik perempuannya yang lumpuh. Sementelah kedua-dua orang tuanya mengerjakan haji di Mekah.
“You bukan tak tahu mulut I ni macam longkang bila I deal dengan staf I kan?” - Ash Fayyad.
“Kalau saya nak ambil jurulatih pun, sampai mati hidup balik seribu kali pun, saya takkan pilih Encik Fayyad tau!” - Ain Dheya.
Pelbagai peristiwa yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad. Hinggakan keadaan di dalam rumah itu menjadi huru-hara.
Berputikkah cinta yang tidak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad nanti?