“Dukacita kerana perjalanan di dunia tak ada yang sia sia melainkan hanya ingin menyedarkan manusia dari leka. Hanya menjadikan seseorang itu lebih baik dan kuat dari sebelumnya. Setiap hari adalah ruang dan peluang untuk manusia perbaiki kehidupannya. Jangan pernah berputus asa, harapan dari Tuhan sentiasa ada. Kadang kala manusia terlalu memikirkan apa yang dia mahu sampai terlupa untuk sempurnakan apa yang Tuhan mahu. Jangan hanya fikirkan apa yang kita belum ada, tapi fikirkan lah segala nikmat yang kita sudah terima.” Hati Ke Hati merupakan karya sulung Iddin Ramli. Buku ini sesuai dibaca semua peringkat umur yang inginkan motivasi dan semangat tentang kehidupan.