Buku ini membincangkan megenai 36 topik yang merangkumi isu bebas mengenai orang Melayu. Sering juga saya ditanya, "Bagaimana cikgu tahu semua?". Saya jawab yang saya tidak mengetahui semuanya tapi saya tahu sedikit untuk setiap perkara. Cukuplah untuk menjawab soalan kamu. Buku ini juga menghidangkan pelbagai topik seperti penetangan , pengetahuan am , penjajahan, bahasa dan sebagainya . Semua fakta-fakta yang diberikan ialah berkaitan dengan Melayu dan orang Melayu. Ini merupakan sumbangan kecil untuk memberitahu kepada orang Melayu mengenai sejarah nenek moyang mereka yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Belajar sejarah bukanlah belajar tentang orang mati tetapi kita belajar dan mengambil iktibar daripada apa yang pernah dilakukan dan apa yang berlaku kepada si mati. Jika kita melupakan sejarah, sudah tentu kita akan mengulangi benda yang sama. Tentu sangat buruk jika kita melakukan 2 kesalahan yang sama. Dan yang penting sekali ialah anda sudah ada pengetahuan untuk 36 perkara atau peristiwa yang pernah berlaku di Tanah Melayu.