By creating an account with our store, you will be able to move through the checkout process faster, store multiple shipping addresses, view and track your orders in your account and more.
Dropship Terms & Use

Terma & Syarat:

 

1. Ahli dropship perlu menjadi 'registered user' di empayarbuku.com dengan jumlah pembelian terkumpul sebanyak RMx,xxx.xx atau membayar yuran penyertaan sebanyak RMxxx (seumur hidup).

 

2. Penentuan jumlah pembelian terkumpul atau yuran pendaftaran adalah hak mutlak Empayarbuku & Empayarbuku berhak memindanya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

 

3. Ahli dropship dibenarkan menggunakan kreativiti tersendiri untuk menggunakan apa sahaja medium pemasaran yang ada samada secara online atau offline semasa membuat promosi selagi ianya tidak melanggar hukum Islam & undang-undang Malaysia sedia ada.

 

4. Ahli dropship haruslah komited dengan program ini dengan melakukan aktiviti promosi secara berterusan. Ahli dropship yang gagal menunjukkan prestasi yang memuaskan (seperti tiada sebarang aktiviti promosi dan jualan dalam masa 3 bulan) akan digugurkan dari program ini.

 

5. Empayarbuku berhak untuk meminta bukti promosi yang dilakukan oleh ahli dropship dari semasa ke semasa mengikut keperluan/kesesuaian. Ahli yang tidak memberikan kerjasama yang memuaskan akan digugurkan dari program ini. Ahli yang digugurkan keahlian tidak akan dipulangkan yuran yang dibayar, sekiranya ada.

 

6. Harga produk yang dipaparkan tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran perlu samada ditanggung oleh ahli dropship atau pelanggan kepada ahli dropship kecuali jika ada promosi tertentu dari Empayarbuku. Status pesanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

 

7. Penghantaran pesanan hanya akan dibuat selepas ahli dropship membuat pembayaran keseluruhan untuk pesanan. Empayarbuku akan bertanggungjawab untuk memproses pesanan tersebut dalam kadar segera dan membekalkan 'tracking number' kepada ahli dropship.

 

8. Ahli dropship digalakkan membuat order dengan segera sebaik sahaja menerima order dan pembayaran dari pelanggan untuk menjaga kualiti perkhidmatan dan program.

 

9. Bagi kes pembatalan pesanan, mohon maklumkan kepada kami dalam tempoh 24 jam untuk mana-mana pesanan yang ingin dibatalkan. Jika gagal berbuat demikian dalam tempoh tersebut, kami tidak akan memproses permohonan pembatalan tersebut.

 

10. Ketika membuat pembayaran pesanan, sila buat pembayaran tepat dengan nilai yang tertera pada invois. Bayaran berlebihan tidak akan dipulangkan baki.

 

11. Empayarbuku tidak akan memasukkan apa-apa flyers/invois/bahan promosi yang berkaitan dengan Empayarbuku dalam pesanan pelanggan. Pelanggan ahli dropship adalah pelanggan ahli dropship.

 

12. Ahli dropship juga perlu menguruskan hal-hal berkaitan khidmat pelanggan kemudian bawakan apa-apa isu yang berkaitan kepada pihak Empayarbuku untuk diselesaikan sekiranya perlu.

 

13. Empayarbuku berhak untuk tidak memproses pesanan ahli dropship atas sebab-sebab seperti produk tiada stok atau produk telah OP (Out of Print).

 

14. Ahli dropship diberi kebebasan untuk meletakkan harga tertentu untuk produk dalam program ini asalkan tidak melebihi harga jualan yang tertera pada produk dan sesuai dengan nilai produk yang dijual.

 

15. Empayarbuku tidak akan menanggung apa-apa kos yang timbul sekiranya penghantaran pesanan mempunyai masalah yang berpunca dari kesilapan ahli dropship.

 

16. Empayarbuku hanya akan menanggung kos yang timbul sekiranya;

 

# Produk yang dihantar didapati telah rosak (rosak luaran atau ketidaksempurnaan dalaman)

# Produk yang dihantar mempunyai kesilapan dari segi kuantiti, tajuk, dan seumpamanya

# Apa-apa isu yang disebabkan oleh kecuaian dari Empayarbuku

 

17. Ahli dropship dilarang dari melakukan sebarang aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai penipuan. Empayarbuku tidak akan bertangungjawab atau tidak boleh dipertangungjawabkan atas apa-apa isu yang boleh ditafsirkan sebagai cubaan melakukan aktiviti jenayah menggunaan program ini.