Dzaquan serba salah. Dia dalam dilema. Menerima ‘lamaran’ daripada Datuk Zaman atau berpisah dengan adik-adiknya? Menerima, bermakna dia akan melukakan sekeping hati seorang gadis yang tidak bersalah. Menolak, bermakna dia sanggup dipisahkan dengan adik-adiknya. Sudahnya, dia nekad. Satu keputusan harus dibuat. Dia terpaksa menjadi orang yang pentingkan diri sendiri demi mempertahankan adik-adiknya. Tapi, sanggupkah dia melukakan hati dan perasaan Aneesa, sedangkan dia tahu tiada ruang untuknya di hati itu?Aneesa pula sudah geleng kepala.Mr.Waiter? Rasa macam tak percaya saja dengan apa yang baru didengari daripada mulut rakannya itu. Terpikat dengan Dzaquan a.k.a tunang aku? Apa lebihnya Dzaquan, sampaikan dia menjadi kegilaan ramai perempuan di luar sana? Dah buta ke mata mereka? Dzaquan yang selekeh dan berambut panjang itu pula, dikatakan kacak dengan rambutnya diikat kemas? Senyuman dia boleh buat angau, suara dan layanan dia boleh buat jatuh cinta? Sah! Mereka semua dah tak betul! Tapi sejak bila pulak dia jadi waiter di Café S2? Kenapa dia langsung tak cakap pada aku? Aku kan tunang dia? Eh, kejap. Sejak bila aku akui dia sebagai tunang? Mereka bertunang pun kerana kedegilan papa. Di hatinya hanya ada Amsyar. Cinta aku hanya untuk Amsyar dan bukannya Mr.Waiter seperti Dzaquan tu! “Ikatan yang ada di antara kita ni, tak penting ke untuk kau?” - Dzaquan “Aku tak sangka orang macam kau hanya pentingkan diri sendiri! Yang boleh dibeli dengan wang ringgit! Aku benci kau! Aku benci kau!” - Aneesa Menerima, bermakna dia akan melukakan sekeping hati seorang gadis yang tidak bersalah. Menolak, bermakna dia sanggup dipisahkan dengan adik-adiknya. Sudahnya, dia nekad. Satu keputusan harus dibuat. Dia terpaksa menjadi orang yang pentingkan diri sendiri demi mempertahankan adik-adiknya. Tapi, sanggupkah dia melukakan hati dan perasaan Aneesa, sedangkan dia tahu tiada ruang untuknya di hati itu?Aneesa pula sudah geleng kepala.Mr.Waiter? Rasa macam tak percaya saja dengan apa yang baru didengari daripada mulut rakannya itu. Terpikat dengan Dzaquan a.k.a tunang aku? Apa lebihnya Dzaquan, sampaikan dia menjadi kegilaan ramai perempuan di luar sana? Dah buta ke mata mereka? Dzaquan yang selekeh dan berambut panjang itu pula, dikatakan kacak dengan rambutnya diikat kemas? Senyuman dia boleh buat angau, suara dan layanan dia boleh buat jatuh cinta? Sah! Mereka semua dah tak betul! Tapi sejak bila pulak dia jadi waiter di Café S2? Kenapa dia langsung tak cakap pada aku? Aku kan tunang dia? Eh, kejap. Sejak bila aku akui dia sebagai tunang? Mereka bertunang pun kerana kedegilan papa. Di hatinya hanya ada Amsyar. Cinta aku hanya untuk Amsyar dan bukannya Mr.Waiter seperti Dzaquan tu! “Ikatan yang ada di antara kita ni, tak penting ke untuk kau?” - Dzaquan “Aku tak sangka orang macam kau hanya pentingkan diri sendiri! Yang boleh dibeli dengan wang ringgit! Aku benci kau! Aku benci kau!” - Aneesa