Cinta boleh membawa kepada sifat obses yang mencetus kepada kehancuran spiritual. Obses terhadap kekasih membawa percaturan hidup kepada Katrina, isteri Saiful. Katrina juga terlalu obses dengan masa lalunya. Dia tersepit antara penyesalan dan realiti. Begitu juga seorang pelukis berbakat, Duha yang terlalu obses terhadap isterinya Manisah. Kehilangan isterinya secara tiba-tiba menjadi misteri sehinggalah dia akhirnya menyedari, dia terlalu hidup dalam fantasinya sendiri. Di manakah penghujung simpulan yang mereka temui?
Sesungguhnya aku sudah lama melupai dia. Cuma sejak malam itu, aku sekadar melayani jiwaku kembali mengenang memori lama, mengingati momentum irama cinta yang pernah berlagu dalam jiwaku - Nur Katrina
Ke mana dia pergi? Aku buntu. Kebiasaannya, aku suka dengan hujan yang turun. Hujan membawa seribu rahmat. Permulaan kehidupan yang menggembirakan aku. Tetapi pada detik ini, cerita yang manis tidak lagi manis kerana aku gagal menemui Manismu. - Muhammad Adduka Adha
Aku harus berubah! Aku harus menjadi arus cinta yang kuat, sekuat penyatuan arus sejuk Benguela dan arus hangat Alguhas yang memukul laut di pinggir 'Alcatraz' di Pulau Robben. Aku harus membawa arus cinta ini memukul kuat cinta Katrina kembali. - Saiful Anua