Aku adalah kau... / PERJANJIAN TANPA RELA
Kematian Tarmizi memberi impak pada Nancy. Dia menyesal dan tertanya-tanya kenapa semua ini berlaku. Akhirnya, Nancy menemui jawapannya apabila puaka di dalam cermin di sebuah kedai antik di mana dia bekerja telah membongkar segala rahsia. Puaka itu mengatakan bahawa kini dia adalah penjaga Nancy kerana perjanjian telah berlaku tanpa disedari Nancy. Tiga permintaan, ada syarat termeterai, ada korban perlu dipersembahkan... / 3 PERMINTAAN
Sofea Jane, seorang model jelitawan kegilaan ramai lelaki tetapi mempunyai hobi pelik, iaitu taksub pada cermin dan kecantikan. Cermin antik pemberian Damian yang dipecahkan telah bercantum kembali. Tanpa disedari, ada jin menghuni cermin itu. Jin itu menawarkan tiga permintaan kepada Sofea Jane, tetapi dengan syarat-syarat yang cukup berat untuk ditunaikan. Bila hati termakan bisikan syaitan, maka dia terjerumus dengan tipu daya jin. Ku bawa kau dalam matiku! / RASUKAN AYUNINDYA
Teruja untuk mengetahui apa yang terselindung di sebalik sehelai kain batik, Suraiya telah membebaskan sesuatu yang telah dipasung berpuluh tahun dahulu. Gangguan mula menghimpit. Nyawa Isya menjadi taruhan. Ayunindya bangkit untuk menunaikan sumpah. Siapakah Ayunindya? Apa kaitan di antara puaka itu dengan Isya? Apakah yang dituntut daripada Isya? Adakah Isya menjadi korban Ayunindya? Tenung aku, puja aku naik seri ke mukamu pasti jiwamu milik aku! / SINRNA SERI
Setiap pemilik almari cermin solek itu pastinya akan mengalami perkara-perkara aneh dan boleh meragut nyawa mereka kalau tidak berhati-hati. Apakah rahsia yang tersimpan pada almari solek cermin itu? Adakah benar ungkapan ‘jangan asyik tengok cermin saja, nanti seri muka ditarik cermin’?