Himpunan kisah-kisah benar yang dialami oleh para tetamu ALLAH SWT sewaktu menunaikan haji dan umrah di Makkah serta ziarah di Madinah.Perkongsian daripada insan yang berpengalaman hampir 40 tahun dalam pengurusan haji dan umrah ini, bukan bertujuan untuk mendedahkan keburukan yang menimpa jemaah atau memberi pujian kepada jemaah yang dipermudahkan urusan oleh-NYA. Namun, ia sekadar untuk memberi iktibar kepada semua Muslim agar berhati-hati dengan percakapan dan perbuatan di samping memiliki ilmu yang mantap jika hendak beribadah di Makkah. Malah, jauh sekali untuk menukilkan bentuk penghinaan, merendah-rendahkan sikap jemaah atau mahu mencampuradukkan pandangan serta kredibiliti Mantan Pengurus Besar Lembaga Tabung Haji ini dalam mencampuri hal ehwal politik agar pembaca tidak tersalah anggap terhadap sebarang coretan di dalam naskhah ini.