“Aku tak minat kerja ni. Masalahnya, aku tak ada pilihan lain ....”
“Aku rasa tersalah pilih kerjalah, boleh lagi ke nak patah balik ....”
Sejak kecil, hidup kita sudah ada susunan yang tersendiri–bermula dengan sekolah dan berakhir dengan universiti. Apabila keliru, akan ada ibu bapa dan guru membimbing.
Namun, setelah masuk ke alam dewasa, kita terpaksa memutuskan banyak hal sendiri, termasuk arah tuju kerjaya dan hidup. Kalau tersilap pilih, rasa macam ketinggalan bertahun-tahun.
Adakah cara untuk tidak gagal sejak awal?
Perjalanan mengejar kerjaya impian bukanlah seperti berjalan di atas garis lurus. Cita-cita kita bolehberubah semakin kita menginjak dewasa, begitu juga dengan perkembangan karier kita.
Buku Berhenti Bekerja menampilkan dua pakar perunding kerjaya yang bukan hanya berkongsi pengalaman dan teknik praktikal dalam memilih kerjaya,bahkan turut memberi panduan untuk membina identiti diri dan mindset yang tepat; agar kita dapat memulakan mahupun mengubah laluan karier kita dengan lebih yakin untuk mencapai apa yang diimpikan.