Dahliya, mahu melupakan sejarah hitamnya dan mahu memulakan hidup baru bersama anak tunggal kesayangannya Izo. Namun detik hitam muncul lagi dalam hidup Dahliya apabila rumah mereka dimasuki oleh pasangan penyamun, Bullet & Speed. Dahliya dan Izo berjaya mengusir mereka, namun sewaktu dia membuat laporan di balai polis, ASP Musa Grey bertindak memperkosa Dahliya di depan Izo. Dahliya dan Izo didatangi oleh tiga lelaki yang mewakili E-1, agensi rahsia yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan-pembunuhan politik di Kota Lemuriya. Mereka berdua diangkat menjadi pembunuh upahan pasukan E-1 yang berpengkalan rahsia di hospital mental Pusat Aman Bahagia.
20 tahun selepas itu, dalam satu pertemuan yang tidak dijangka, Izo bertemu semula dengan ASP Musa Grey, Bullet dan Speed di Villa Harmony. Izo kali ini sudah bersedia dan tragedi berdarah bakal berlaku di villa itu...